I support

Tuesday, October 13, 2009

Majlis Silaturrahim.....2009


salam sumer...
wah2..beria2 kitorg berposing2 nih....
almaklumla....sume dok nak glamour2 ms kat majlis silaturrahim..sll org buat open house jek..tp opis aku lak buat majlis silaturrahim..wahhal same jek mkn2 gak2...x kisah la nak bg nama apepun....btl x...mknn hr tuh disajikan oleh EDEN...wah meletup korg...yg lagi best ada kambing panggang...classss gituh...ape pun layan gbo okiessss...

 
 berposing-posing sebelum majlis bermula

 sibuk melayan tetamu yg datang...
 
hiuh..sempat gak aku n watie posing masa tgh makan...

 
 alamak anak spe nih...cari mama ker....
 
 desert yg memukau pandangan mata kuuuu...

walaupun penat...mkn ttp mkn beb...moga2 tahun depan opis aku buat gi majlis mcm nih..tp nak lagi grand blh x...huhuhuhu......


Friday, October 9, 2009

"BAGI YANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984.. "

Klu korang lahir pada tahun 1973-1984.... Mesti korang ingat nie.....layannnnnnnnnnnn okies...

>Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban..

> Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

> ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

> cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.. Pukul tapak tangan... kan .. semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

> time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

> internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr... Tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, TiKam'.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.Tapi bunyi loceng laa yang paling best skli...boleh beli aiskrim kat luar skola tuh...Tp lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tgln keje sklh, "jom kita pegi makan". Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kuar awal.Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2...

>duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen.. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

> hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam .

> AIDS wujud sejak diorg lahir.

> CD pun wujud time diorg lahir.

> Michael Jackson dah putih dah time tu.

> Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

> hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

>  korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari. bile jumpe kengkawan lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

> . last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir dan teringt dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh tapi apa yang pentinglahkan..bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi..

sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???

******Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....* *****

Thursday, October 8, 2009

"Oh Lelaki....... bila dia......"

Lelaki.............

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya.Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.


7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan
tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatianya.

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan
sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Wednesday, October 7, 2009

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1.   JANGAN BERLAPAR   
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi

2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

5.   KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.

6.   AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.

7.   MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8.   KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit  daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan  snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.  Kurangkan pengambilan   marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

15. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

16. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

17. Cara memasak paling baik  untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.

18. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

19. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru  saja terisi.

20.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.

21. Kurangkan pengambilan gula  kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

22. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i.          Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat  melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan  merampingkan peha.

Monday, October 5, 2009

:Musim Buah Dah Tiba:

salam isnn sume......mcne weekend korg,,byk x jemputan open house..maklumla lepas raye2 ni kan..em naik kembung perut aku g umah open house nie..anyway thx pd sesape yg jemput aku k... ok dah habis cite pasal open house ..skrg ni aku nak cite pasal musim buah kat kg aku lak...hehhehhe


weeknd yg lalu aku n abg aku blk kg..pg2 sabtu tu mcm biasela lepas jek berkemas aku g tgk tnmn terung mak aku tuh...hiuh byk tul buahnyer..xde lak org yg nak kutip hasil tu...mak aku msk pun berapa sgtla..klu dah tgl berdua jek...pas2 aku gla tgk buah rambutan lak...weee dah ada yg masak... wah cepat2 la ku g abk buah rambutan tuh..em klu nak diikutn maybe lagi 1 bln baru la masak selurhnyer buah rambutan nih....ape pun aku puas hatila...dpt gak rase ..walaupun ckt...buah durin lak x berapa nak menjadi la....em tp berbeza lak nagn umah nenek aku...buah durian memang menjadi2...ahaks...
 
dlam pkl 930 tu kitorg dah bergegas g umah nenek aku...yg plg best ank buah aku la....npk jek buah durian ggr sume dia kutip....alahai best tulll...aku pun seronok gak tgk buah durian ni...dpt gak aku mkn puas2 kat kg ni...klu nak beli bebayk cam ginih xdela...
 
rase raja segala buah nie sume dah sedia maklumkan....meletup gitu....abg2 aku sume bw balk kl..aku jek yg malas nak bw blk...maklumla aku tpg depa..malas nak drive sendiri...nnt aku tpg la sekaki mkn kat umah depa..huhuhu...wah ujung bulan ni aku balk kg lagi...em mesti buah rambutan tuh dah mask sume...manggis pun dah msk kot..weeeeee bestnyer....ms tuh aku nak mkn buah puas2..ahaks....

Friday, October 2, 2009

.::Pemandangn di waktu senja::.


bila tibe jek waktu2 cuti camni..
rame yg bw famili g bercuti2..
maklumla cuti sekolahkan...
blh la bw anak2 g mandi manda, berkelah n bla..bla.....
budak2kan ske g mandi manda nih...
lagi2 klu g hotel yg ada swimming poll..
mau berjanggut tgu bbdk tuh dok main kat poll tuh...
selagi x kecut jari jemari tuh..hais x mau naikla ....
camtu gak suasana nyer dtepi pantai...
cume lagi hapenningla...

nagn kwsn yg luas..pemandagn pantai yg indah..
cm kkdg tu aku rs x best gak ..
klu dah terlalu rame org tup..tup... kite lak yg xde pot nak lepak...
walaupun ms aku dtg ni ombak besar..
ia ttp x menjadi halangn kat dpa utk bermain kat persisir pantai nih...
seronok plk aku tgk telatah bbudak nih..
rasa terhibur nagn telatah mereka...alangkah best klu aku dpt kembali ke zaman mereka...


bila waktu senja menjelang tiba....
rame pengunjung beransur2 pulang ke tpt pginapan masing2...


dan..... AKU.......
still lg setia menanti utk menikmati keindahan waktu senja...
maklumla bukan selalu dpt tgk suasana cam gnih!!!!
ah!!!!tenang sungguh rasanya...

Thursday, October 1, 2009

::Before Hari Raya::



salam sumer...
walaupun korg dok sbuk citer pasal raya..
aku lak nak citer pasal sebelum menjelang raya lak...
npk mcm dah basi jek cite aku nih...tp xpe kannnnnn...
pagi2 lagi lepas sahur mak aku dah  surh aku tlg pukuln telur ...
em nak buat kuih pebret abah aku ....
"Bahulu Gulung"...
klu nak ikut hati mak aku dah x larat nak buat..

nak tempah jek...tp abh aku mmg ske nak buat camne..
wahhal sblm tuh dah buat..tp nak tambahkan yg sedia ada ..
nak x nak buat gakla..
walaupun ptg tu dah sbk nak masak memasak..
so mangsa yg kn pukul telur tu tentulah aku...


 ha..klu korg nak tau ...
satu pasu nie sllnyer mak aku buat utk 30 biji telur..
hiuh byk tuh...buat lak secara manual..
klu  nak pki yg letrik tuh takut naik nye x berapa nak cantikla..
kekadang tuh blh bantat aduan tuh...so jgn ambik risiko k...
lama tul aku pukul telur nih...
hampir 4 jam..
lengguhnyer usah citer la...
pasni turn mak aku la yg membakarnyer...
blh la aku berehat2 merehatn tgn ku yg lenguh ...huhuhu..

 
 mak aku msk kuih ni mgunakan dua acuan..
so cepatla ckt siapnyer...
buat lak kat luar..
haisss dah la pns..puase lak tuh..
btul2 mencabar kesabarn aku nih...
asapnyer jgn citer la...

 
 selepas 15 mnt..
cam gini la rupenyer...
api kene la jaga..
klu x mau rentung aduan tuh..
 
 lps jek kuar dlm acuan tuh..
tgu la dlm 1/2 mnt...biar sejuk ckt..
klu rs tgn tu kebal nagn pns xpela...
pastu letak la jem...
sapu jgn x sapu k..byk pun xpe..hehehehe
bila dah sekata sapuan jem tu..
baru la gulung...nama pun bahulu gulungkan!!!
kena gulung, gulung, n gulunggggggg ..ahaks
em bab nih aku ske..
 
taadaaaa...
inila hasil kuih bahulu gulung yg dah siap tuh...
yeah...