I support

Monday, September 19, 2011

Something Special "Love Pearl"


korang penah tak beli mutiara sekali ngan cengkerangnya... aku mmg tak penah beli pun... klu ada pun org jek yg bagi  < bab ni aku memang suke  .... sampai ada org bg kat aku benda nih... ms aku dapat mms tu nampak macam besar gler.. tup2 bila tengok yg real.. mak aiii cenonit je rupanya.. klu letak kat tapak tangan ada ruang lagi.. kecik..yela dah isinya pun kecikkan.. klu bernasib baik kita blh dapat lebih dari satu mutiara dlm cengkerang nih!!! tp memang jarang la.. 

 klu beli mutiara ni aka 'lovepearl' ni korang akan dapat rantai jugak ye,, kire package la... bestkan.. ok.. jom tengk bape banyak mutiara dlm cengkerang aku nih!!!


gigih mencungkil cengkerang ni.. campak jek macam tebal tp nipis jek.. disebabkan nipis nila susah nak membuka 'benda' nih .. tp aku lagi risau kalau-kalau serpihan cengkerang ni masuk kat kulit jari aku.. maklumla pisau yg disediakan hanyalan pisau plastik jek..

selepas berhempas-pulas membuka cengkerang ni..akhirnya ternampak mutiara yg sangat cantek... puas ku cungkit isi dalam tp hampa non ada yg lain ek!!! sebijik jek... yg pasti aku suka.. color mutiara ni pun cantek jek... tengkiula... ohhh!!! i in love with 'lovepearl'.. lallalalala

Thursday, September 15, 2011

:: Salahkah kalau perempuan tidak tahu memasak????? ::


Mari kita sama-sama fikirkan sejenak:-

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
 
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
 
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami
sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak
pandai jadi imam,BELAJARLAH.  sekurang-kurangnya jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di
rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah
sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


" Hari ini tidak semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna. Banayak yang perlu di korbankan dan banyak juga yang terpaksa di lepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah menyembah.. Sesekali melangkah gagah.. megah DAN semua itu memerlukan pengorbanan, menuntut kesabaran dan airmata.. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul, jangan kita gusar pada anugerah Allah. .. anggaplan sesekali diduga itu sekadar untul mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.. AMIN"


Entry ni aku copy dari email ye..
p/s: Sharing is caring


Monday, September 12, 2011

Hepi Bufday "Aina"



 Bufday Girl 'Aina'
Hepi bufday to my niece AINA..
semoga menjadi anak yg baik dan solehah ye.. 
nanti belajar rajin2 tau & tak moh nakal2 ...
seronok tengok telatah dpa yg sekejap ada mood nak bergambar ..kekadang tu mood kedaung tak moh pandang camre...nasib la kan!!!
btw
 sayang aina banyak2..muuaahhhh..

 lokasi: taman permainan USJ 6
pict. credit to my bro@diGitalMyll

::Cerita pagi raya::

salam semua...
lalety ni kemalasan melanda membuak2.. dsebabkan itu semua entry aku entry lapuk ye...
tp masih lagi nak crite pasal raya sbb still mood raya.. kali ni cite pasal pagi raya plak.....
tahun ni raya agak meriah sebab sume SIL aku raya kat kg aku..
so meriahla ngan keriuhan bebudak.. klu tak sunyi sepi jek...
walaupun aku masih bekerja di saat terakhir tetap hepi ok!!!!
okla tak nak crite lebih2 pun dah agak basi kan.. so layan gambar jela..

tahun ni kitorg beraya agak lambat sebab lepas sembahyang raya abah aku terpkse bekejar wat baraan .. lepas setel br la dapat kami beraya bersama2..di mulai ngan yg lebih tuaa. pastu turn abgku..tak sangka la plk ms beraya nagn abg aku ni abah aku blh lak menagis..huhuh

 aku beraya bersama ibuku.. adik aku ambik gambar sume nak cepat..haisss

adik aku yg satu lagi belum balik lg sebab dia kn keje ms raya..uhuhu ..sedih ok!!!

keluarga besar kami... complete 

with Aina yg comeiii..iskk bukan senang nak pujuk budak ni bertudung ye!!!

okla dah habis beraya ngan familyku... kitorg g beraya kat umah jiran tetangga plak ye...

p/s:gambar raya tak bape banyak sebab cameraman kitorg lebih garik ambik gambar org lain.. aku pasrah jela....

ok babai.. & no more cite pasal raya ..uhuhuhu..