I support

Thursday, July 19, 2012

TAHUKAH ANDA: Kegunaan pokok pandan


#sumber carian google#

Makanan.
  - Airperahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka,bingka (bengkang,kata orang utara)
  - Daunnya yang dilayur, boleh digunakan untuk membuat ,ketupat, bakar ayam
  - Menambahkan wangi pengat ( serawa kata orang utara),nasi lemak, nasi putih, sirap, berbagai jenis bubur
Pelbagai:
- Pewangi bedak sejuk
- Pewangi asli bunga rampai
- Ubat pencegah lipas - Ambil beberapa helai daun yang segar, simpulkan dan letak dalam kabinet dapur.     InsyaAllah lipas akan berkurangan.
- Pewangi kereta - gunting beberapa helai daun muda,masukkan ke dalam bekas plastik. Ia mampu bertahan selama 2 minggu.

Ubatan:
  Lemah saraf 
 Ambil 3 helai daun muda, rebus bersama 3 gelas air ( biarkan hingga susut menjadi 2 gela ). Tapis dan minum 2/3 kali sehari.

 Buang angin dalam badan 
Ambil segenggam pulut. Uli (gentel) supaya menjadi butir-butir kecil. Tambah halia sebesar ibu jari. Masukkan 7 helai daun pandan muda. Masukkan 2 ketul gula melaka. rebus bersama 2 liter air. Tunggu sehingga ketulan pulut timbul di permukaan. Bila sejuk, tapis dan boleh minum. Amalkan
2/3 kali sehari.

Gelisah 
Ambil 2 helai daun muda. Rendam dalam secawan air yang panas. Tapis dan minum 2/3 kali sehari.
 
Rambut gugur
Daun pandan dicampur dengan 3 jenis herba ( Indonesia )
 
Menghitamkan rambut
Potong kecil-kecil daun muda. Rebus sehingga airnya berwarna hijau. Embunkan semalaman. Pada keesokannya masukkan air perahan 3 biji buah mengkudu. Ramas rambut dengan air ini selama 10-15 minit. Lakukan 3/4 kali seminggu.

 Kelemumur
ambil 7 helai daun muda. giling halus2. Campurkan 1 atau 2 cawan air. Ramas rambut selama 10-15 minit. Biarkan seketika.Kemudian basuh dengan air sekali lagi.
 

#sumber drpd email#

Friday, July 6, 2012

salam jumaat.....


Assalamualaikum semua...
marilah kita renungkan bersama-sama
semoga hari2 yg mendatang menjadi lebih baik dan di redhai olehNya.. amin


Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday

@kerabu mangga.. terbaik dari ladang....(^_^)