I support

Thursday, February 28, 2013

Hobi

semua orang ada hobi..
aku pun ada tp hobi aku adalah tdo..muaahhhahhh....tak macam husband aku... dia lebih banyak habiskan masa melayan pokok2 peliharaan dia.. nak wat camne binik plak malas..klu datang umah kat ipoh macam best sebab blh tgk pokok yg husband aku tanam... tetiba jd jatuh cinta plak.... tapi klu aku yg jaga tak pasti camne rupanya... lately ni dia dah jatuh cinta ngan pokok bonsai plak.... nnt bila ada masa nak ajak g cameron highland la nak beli pokok bunga banyak2... tp husband aku yg kene jaga... .. aku tolong jaga utk hujung minggu jek... kepuasan tu datang bila ape yg kita buat menjadi... betul tak??

 
cantekkan??

Sunday, February 17, 2013

Bunga tisu

Salam semua..
Banyak benda nak citer tapi terpakse kasi "peram" sume entry tu... Lately ni busy ngan keje ngan wedding aku... Rasanya bulan 3 ni barula lega. Bolehla bernapas sikit...

Ni antara yg paling pantas aku buat. Nx week nak wat kenduri sebelah lelaki.. So start semalam sampaila pg td aku bertungkus lumus buat bunga telur. Siap baik buat 50pcs je. . Malam td mmg bersengkang mata mgadap bunga nih.. Pg td just settlekan balance yg tak siap malam td. Letih sangat sebab berkejar masa sbb ptg aku nak fly g miri plak. Tp bila dah siap lupa plak rasa letih tu... Caiyok utk diri sendiri.. Hehehehe

La ni dah landing kat hotel. Sambil layan tv sambil tulis blog. Okla nak g cari makanan plak.. Laporr.. Bye




Wednesday, February 6, 2013

Hot Spring Sg. Klah


Salam sume..
Hari nak cite Hot Spring ye.
Dah bertahun tak datang kat sini..
So masa cuti thaipusam tu aku g mandi manda kat sana..
Kali aku pegi bawa mak & abah sekali. Even dekat kat ngan kampung aku tp mak & abah aku tak penah pun datang kat sini.. Jadi marila kita beramai-ramai bermandi-manda ye..
Rasanya banyak yg berubah.. Harga pun mestila berubahkan..
untuk senarai harga boleh tgk kat gambar ni.. Mak & abah aku dapat discount sbb warga tua..

 *entrance tiket*

Nak tau ape yg ada kat dalam Hot Spring & Spa ni?? blh la tgk kat gambar ni... aku malas nak cite pepanjang..klu nak bermalam kat sini pun boleh?? rate blh tengok kat sini ye..




Dr entrance tiket agak jauhla nak berjalan kat dalam ni... tp sekarang tak lagi.. Dah ada buggie (aku pun tak pasti dpa panggil ape ni) Buggie ni betul2 berenti kat entrance kolam air gunung.. hr tu buggie betul2 turunkan kitorg kat tempat org jual makanan. Terus lapar.. Dah la tak makan lagi.. Oh ya  for your info kat sini tak di benarkan bawa makanan luar ye.. So klu korg bawa bekalan sila berpicnic kat bawah pokok sebelum pintu masuk atau kat parking... Tp aku degil ttp bawa makanan sendiri. Aku bawa kerepek je.. Buat kudap-kudapan masa nak rendam kaki nanti.. Hehheh.. Pepandaila la weii nak idup...

*mak & abah aku dating sambil rendam kaki*

Mula2 kitorg tuju jat tempat kolam air panas. .. tahap kepanas aku terlupe la plak.. kat sini tidak dibenarkan merendam kaki lebih dr 30mnt.. klu buat 15 minit pun kaki kit dah merah.. panas babe.. habis mati sume kuman2 ..ahahahha ..


Habis rendam kaki blh korg jalan kat atas batu.. Senaman utk tapak kaki.. Tak payah susah nak g reflexology..

klu nak berendam blh la berendam kat kolam ni.. ada 3 kolam ngan suhu yg berbeza... tp korg nak berendam ngan privacy blh  g kat private jakuzi.. Bayarannya aku tak pasti sbb aku tak masuk hari tu.. 

 lepas rendam kaki tu aku g kat tempat boiling eggs ni.. Harga telur kat sini 6biji+kicap =rm5. Aku tak beli sbb dah bawa dr umah.. Lagi jimat .. Korg nak rebus bape lama blh la tgk instruction kat board tepi org jual telor. yg ni aku lupa nak abk gambar... Rame giler org rebus telur.. kene beratur pheww..bila aku dah dapat port letak telur mmg tak bangunla .. Nak jaga telur punya pasal..


Settle je makan telur rebus aku terus g kat kolam air gunung plak.. Aku tak mandi pun just temankan husband aku je.. Jeles plak tgk dia mandi sambil kuak lentang... Ciss.... best mandi kat sini sbb airnya sejuk.. 




diam tak diam hampir 3 jam jugakla lepak kat sini.. kemas2 barang terus balik...ms nak g parking abah aku ajak jalan kaki je ikut titi ni...boleh la menikmati pemandangan . .. Bila ikut titi ni lagi dekat kot .., redup pun redup ..next time klu datang lg aku nak bawa khemah & tikar baru la blh lepak lelama...