Salam sume..
Hari nak cite Hot Spring ye.
Dah bertahun tak datang kat sini..
So masa cuti thaipusam tu aku g mandi manda kat sana..
Kali aku pegi bawa mak & abah sekali. Even dekat kat ngan kampung aku tp mak & abah aku tak penah pun datang kat sini.. Jadi marila kita beramai-ramai bermandi-manda ye..
Rasanya banyak yg berubah.. Harga pun mestila berubahkan..
untuk senarai harga boleh tgk kat gambar ni.. Mak & abah aku dapat discount sbb warga tua..
*entrance tiket*
Nak tau ape yg ada kat dalam Hot Spring & Spa ni?? blh la tgk kat gambar ni... aku malas nak cite pepanjang..klu nak bermalam kat sini pun boleh?? rate blh tengok kat
sini ye..
Dr entrance tiket agak jauhla nak berjalan kat dalam ni... tp sekarang tak lagi..
Dah ada buggie (aku pun tak pasti dpa panggil ape ni) Buggie ni betul2 berenti kat entrance kolam air gunung.. hr tu buggie betul2 turunkan kitorg kat tempat org jual makanan.
Terus lapar.. Dah la tak makan lagi.. Oh ya for your info kat sini tak di benarkan
bawa makanan luar ye.. So klu korg bawa bekalan sila berpicnic kat bawah
pokok sebelum pintu masuk atau kat parking... Tp aku degil ttp bawa makanan sendiri. Aku
bawa kerepek je.. Buat kudap-kudapan masa nak rendam kaki nanti..
Hehheh.. Pepandaila la weii nak idup...
*mak & abah aku dating sambil rendam kaki*
Mula2 kitorg tuju jat tempat kolam air panas. .. tahap kepanas aku terlupe la plak.. kat sini tidak dibenarkan merendam kaki lebih dr 30mnt.. klu buat 15 minit pun kaki kit dah merah.. panas babe.. habis mati sume kuman2 ..ahahahha ..
Habis rendam kaki blh korg jalan kat
atas batu.. Senaman utk tapak kaki.. Tak payah susah nak g reflexology..
klu nak berendam blh la berendam kat kolam ni.. ada 3 kolam ngan suhu yg berbeza... tp korg nak berendam ngan privacy blh g kat private jakuzi.. Bayarannya aku tak pasti sbb aku tak masuk hari tu..
lepas rendam kaki tu aku g kat tempat boiling eggs ni.. Harga telur kat
sini 6biji+kicap =rm5. Aku tak beli sbb dah bawa dr umah.. Lagi
jimat .. Korg nak rebus bape lama blh la tgk instruction kat board tepi org jual telor. yg ni
aku lupa nak abk gambar... Rame giler org rebus telur.. kene beratur pheww..bila aku dah
dapat port letak telur mmg tak bangunla .. Nak jaga telur punya pasal..
Settle je makan telur rebus aku terus g kat kolam air gunung plak.. Aku
tak mandi pun just temankan husband aku je.. Jeles plak tgk dia mandi
sambil kuak lentang... Ciss.... best mandi kat sini sbb airnya sejuk..
diam tak diam hampir 3 jam jugakla lepak kat sini.. kemas2 barang terus balik...ms nak g parking abah aku ajak jalan
kaki je ikut titi ni...boleh la menikmati pemandangan . .. Bila ikut titi ni
lagi dekat kot .., redup pun redup ..next time klu datang lg aku nak bawa khemah & tikar baru la blh lepak lelama...