I support

Tuesday, October 4, 2011

"Andai LELAKI tahu"

dalam hati seorang perempuan
ada rasa untuk disayangi
ada rasa untuk diberi perhatian
ada masa untuk didengari keluh kesahnya
ada waktu waktu minta ditemani kesedihannya

andai lelaki tahu..

perempuan minta dipujuk
marah seorang perempuan perlu didekati
sedih seorang perempuan perlu didengari
gembira seorang perempuan perlu dikongsi

andainya lelaki tahu

disebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut
bukan untuk dimanjai
bukan jua untuk ditatang bagai minyak yang penuh
hanya perlu sedikit perhatian
agar rasa kasih itu wujud walau disaat jauh

kerana andai lelaki tahu
hati ini akan sentiasa bertanya pada diri seorang perempuan
wujudkah rasa cinta itu dalam diri lelaki
bila saat jauh tanpa perkhabaran...


gambar sumber dr google ni sangat comel!!
credit to inacheqna*

1 comment: