I support

Wednesday, March 10, 2010

Cara Nak Tau Sbb Anda Memilih Pasangan Anda ???

Perkara yg menarik n ingin ku kongsi bersama....
Ada seorang sahabat telah bertanyakan satu soalan psikologi yang aku kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, kita dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka.

Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
 
Nak tahu apa soalan tersebut? Soalannyer berbunyi begini.
Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau diberi pilihan, apakah perkara yang korg akan 'settle' kan terlebih dahulu?

korg sumer dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang korg fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Tp susunlah ikut perkara yang korg rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan yg korg sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang akan diselesaikan mengikut keutamaan korg..

Fikir...fikir..n fikir ..

Hurmmmm

OK la, dah habis fikir kan ?  Dan dah buat keputusan gak kan ?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang korg berikan?

"Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda."

* Kalau memilih untuk menutup air medidih :
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu
menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda
 
Haaa macammana dengan keputusan korg? Bagus? perlu diingatkan ye..
"ini adalah ramalan psikologi sahaja k..." yg lain tu ikutla kebijaksanana diri sendiri ....

3 comments:

  1. BULLET PILIH YANG NOMBOR 3
    HEHEHHEE

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum, salam kenal...:)
    lebih memilih pada memujuk bayi yang lagi nangis lahh..lebih utama tu..

    ReplyDelete
  3. aku tak baca habis lg aku dah pipih baby nangis..wah memng penuh kasih sayang la aku..hehe..bkn apa sian la baby nangis

    ReplyDelete