I support

Wednesday, October 7, 2009

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1.   JANGAN BERLAPAR   
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar  'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar  metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun  tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi  metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar  kalori pada tahap yang sama lagi

2.   AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah  kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa  pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim  dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh  menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3.   MINUM 8 GELAS AIR  SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan  membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan  makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4.    ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya  mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan  tubuh.

5.   KURANGKAN  PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan  penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda  menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan  air.

6.   AMBIL SARAPAN  PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan  sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan  pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang  mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan  paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar  kalori.

7.   MAKANLAH  DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan  dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh  akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8.   KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH  KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum  menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9.    Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit  daripada makan hanya sekali, dua tetapi  dengan
kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan  snek  atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah.  Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11.  Kurangkan pengambilan   marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di  restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang  gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran  adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral  dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah  rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan  lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

15. Pilih Lebih  Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah  sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

16. Tumpukan perhatian  untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih  berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.  Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih  makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

17. Cara memasak paling baik  untuk  mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau  mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak  haiwan.

18. Ketika memilih piring  makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil  sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir,  lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil.  Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa  lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

19. Selain memberi peluang makanan untuk  turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu  menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga.  Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru  saja terisi.

20.  Untuk mengempiskan perut ,  gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang  memiliki perut lebih kecil dan cantik.

21. Kurangkan pengambilan gula  kerana  setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

22. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i.          Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii.     Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki  lif
iii.   Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam
iv.   Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat  melancarkan peredaran darah
v.   Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan  merampingkan peha.

2 comments:

  1. wah...banyaknye tips. pening nak ingt ni. nak kurus gak cam dulu. sekarg ni menten la jugak. menten naik...

    ReplyDelete
  2. Bullet-
    jgn pening2 kepala Bullet...pilih jek yg mana satu cara yg paling efectif utk kite practik kan...huahuhahua

    ReplyDelete